Assalamalaikum.

https://www.facebook.com/101146291309873/posts/555733192517845/

https://youtu.be/Bg3gBpOtZug

Dia ni baru layak digelar penunggang agama…

Sebab dia gunakan status sebagai pendakwah terkenal untuk tegakkan benda salah…

Kebetulan pulak dia ni penceramah di negeri Pulau Pinang, yang kebetulan juga di negeri DAP…

Cuba tanya dia apa beza negeri Pulau Pinang dan negeri lain berkenaan penggunaan pembesar suara di masjid…

Ceramah agama sana sini, sokong PH terang-terangan, tapi masjid tak dibenarkan guna pembesar suara selain dari azan dan iqamah…

Faham betul-betul ye, tak dibenarkan guna pembesar suara selain azan, bukannya tak boleh azan, walhal zaman Nabi bukan setakat azan je, baca Al Quran, berzikir atas menara masjid kuat-kuat sepanjang malam…

Yang Nabi tegur jangan baca Al Quran kuat dalam masjid sebab menggangu solat jemaah lain, bukannya Nabi tegur jangan azan kuat-kuat hanat…

Tak payah nak petik nama YDPA, konon ketua agama Pulau Pinang sebab tak ada Sultan macam negeri lain, kalau dah YDP PP, MAIPP dan Mufti PP pun sokong mewartakan larangan azan dan iqamah, YDPA pun ikut jela, kuasa Agong bukan macam Sultan beb…

Sultan Selangor larang guna masjid dan surau untuk jadi PPV Covid-19, Sultan Pahang dan Perak larang diskriminasi jemaah yang fak vaksin untuk ke masjid, kuasa Sultan mutlak keatas sesebuah negeri, tetapi YDPA tertakluk nasihat PM dan Jemaah Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan…

Dia ni juga juara Rahmatan Lil Alamin, yang sangkal DAP ialah kafir harbi, hanya kerana DAP itu ialah warganegara Malaysia…

Inilah contoh terbaik pemahaman Islam acuan Pakatan Harapan a.k.a parti Amanah, tujuan halal cara…

Fahaman yang asalkan niat betul, maka caranya pun akan jadi betul, walau terang-terangan dalam PH lebih ramai MP yang bukan Islam…

Nak jaga Islam macam mana kalau MP Islam pun kurang dari bukan Islam bhai, isu pembesar suara di Pulau Pinang itu contoh terbaik…

Akhirnya jika dibiarkan PH berkuasa, tak mustahil azan dan iqamah pun tak boleh guna pembesar suara macam di negara Singapura…

Tak payah nak sembang masjid di Singapura kosong ye hanat, kalau macam tu boleh tak kerajaan nak tutup kuil dan gereja atau tak benarkan bunyikan loceng hari Ahad…

Sebabnya orang Kristian di Malaysia ni, tak sampai pun 3%, kuil Hindu pulak merata-rata walhal penganutnya hanyalah 20% sahaja dari penduduk Malaysia…

Jadi tak payahlah Dr. Daniel nak bodohkan orang Melayu sokong Anwar jadi PM, sedangkan di Parlimen Permatang Pauh pun, sokongan pada Wan Azizah semakin berkurang setiap kali PRU…

Sebab tu Anwar pindah ke Parlimen Port Dickson yang ramai pengundi India, samalah juga dengan Mat Sabu yang pindah ke Parlimen Kota Raja yang ramai pengundi India…

Dr. Daniel nak sembang mandat rakyat PRU 14, tau ke fakta undi popular PRU 14 PH adalah kurang dari gabungan undi BN dan PAS…

PH menang PRU 14, asbabnya 30 kerusi Parlimen Melayu berpindah ke PKR, disebabkan pecahan undi UMNO dan PAS, terutamanya di Kedah…

Sebab itu PH kalah 7 PRK berturut-turut di kawasan pengundi Melayu, dan pengundi Cina di Tanjung Piai, kerana majoriti rakyat memang tak undi PH sebenarnya pada PRU 14…

PH menang sebab undi Melayu pecah dua, sebab itu Anwar cuba nak rampas kuasa dari PN sebelum Parlimen dibubarkan untuk PRU 15…

Anwar tahu karier politiknya dan Pakatan Harapan bakal merudum jika undi Melayu bergabung satu lawan satu pada PRU 15 nanti…

Na’uzubillahiminzalik. Wallahua’lam. Allahu Akbar. Takbir!

@MalayanCyberForces